welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Thursday, July 27, 2017

Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (Semester 2)

Assalamualaikum.

Hai semua.  Mula-mula sekali, nak cakap terima kasih pada yang sudi baca blog ni.  Viewers untuk previous post tentang semester 1 agak memberangsangkan.  Cewahhh, rasa bertambah seronok pula nak cerita pasal diploma.  So kali ni kita proceed dengan semester 2. Are you ready? Hehehe.

Courses for Diploma in Office Management and Technology (Part 2)

  1. CTU 151 - Islamic Thought and Civilization 
  2. BEL260 - Intermediate English
  3. BBM110 - Malay Language for Office Management
  4. OMT115 - Introduction to Business
  5. OMT172 - Document Processing II
  6. OMT182 - Office Administration II
  7. HSM115 - Recreation I




  • CTU151 course tentang tamadun islam.  Senang cerita, lebih kurang macam sejarah.  Honestly, tiqa pun tak berapa ingat sangat sebenarnya.  Hahaha.  Course ni untuk pelajar islam sahaja, yang non-muslim akan ambil course code yang lain. 
  • BEL260 course english.  Yang ni tiqa ingat sampai bila-bila sebab waktu ni lecturer tiqa lelaki, dia handsome dan dia charming.  Hahahahah.  K gurau je, tapi serius tiqa ingat sebab cara dia ajar tu terkesan sampai sekarang.  Sebab subjek english waktu semester 2 ni lebih kepada preparation untuk MUET.
  • BBM110 ni course Bahasa Melayu.  Haaa jangan ingat time sekolah je belajar BM, masuk universiti pun still belajar lagi.  Yang ni korang akan belajar semula kata kerja, kata nama dan seangkatan dengannya.  Lepastu ada individual presentation.  Tiqa dapat tajuk pengacaraan majlis, so kena sediakan teks pengarcara majlis dan present.
  • OM115 yang ni basic business yang je. Insha Allah senang nak score.  Sebab memang basic, nama pun introduction to business.  Cumanya ada group assignment, kita kena buat satu company yang buat business.  Group tiqa kononnya buat perniagaan kek, so kononnya kitaorang akan buka kedai kek. Group assignment tu kena buat report (business proposal) dan ada presentation.
  • OMT172 course ni kesinambungan daripada course OMT121 masa semester 1.  Of course typing skill yang kena guna dalam course ni.
  • OMT182 - course ni kesinambungan daripada course OMT131 masa semester 1.  Akan ada group assignment luar juga yang korang kena interview company luar.
  • HSM115 yang ni adalah kokurikulum.  Disebabkan semester 1 tiqa ambil kesatria, so tiqa boleh tukar koku yang lain untuk next semesternya.  Tiqa pilih koku rekreasi.  Memang best pada sesiapa yang minat rekreasi sebab akan libatkan outdoor activities.

Gambar kat atas tu antara buku yang tiqa guna waktu semester 2.  Tapi rasanya buku yang atas warna kuning tu guna semester 3.  Hehehehe.  Tiqa pun dah lupa, tak perasan waktu ambil gambar tu.  Sorry ehhhh tu je yang ada.  Nak cari buku yang lain tak terdaya.  Maaf sekiranya ada tersalah informasi sepanjang perkongsian tiqa ni.  Tiqa rasa mesti sekarang ada yang berubah dari segi courses untuk setiap semester.  Bayangkanlah, tiqa mula pelajar tahun 2013, habis pula tahun 2015.  So mesti ada perubahan kan.  Tiqa cuma nak berkongsi informasi, itu sahaja.  Nak share gambar waktu semester 2 rasa macam tak perlulah kot.  Hahahahah.  Drop comment kalau ada apa-apa soalan yang nak ditanya.  Anyway, thanks for reading !

Kalau nak baca untuk semester yang lain boleh klik link di bawah ni

SEMESTER 1  |  SEMESTER 3  |  SEMESTER 4  |  SEMESTER 5

Saturday, July 1, 2017

Syawal 2017


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Monday, February 13, 2017

Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (Semester 1)

Assalamualaikum.
  Apa khabar semua? Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan segala urusa dipermudahkan.  Previous entry, dah janji nak cerita pasal program yang di ambil sewaktu diploma.  Dalam entry ni, Atiqah (Tiqa) yang akan cerita tentang course ni.  Disebabkan blog ni kami masih share, so kita decide bila nak update, just guna nama masing-masing.  This blog just for fun and to share our stories.  

Alhamdulillah, tiqa dah tamat diploma dengan izin Allah.  Macam mana tiqa boleh ambil program ni, mungkin lebih panjang kalau nak cerita.  Tiqa akan fokuskan cerita tentang Semester 1 program ini.  Maaf sekiranya ada salah kat mana-mana sepanjang tiqa berkongsi maklumat.  Sebab tiqa masuk diploma tahun 2013 dan tamat tahun 2015.  Jadi, mungkin ada sedikit perubahan tentang course ni terutamanya dari segi courses untuk program ni.  Untuk pengetahuan semua, tiqa belajar dekat Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, Kampus Alor Gajah atau lebih famous lagi, UiTM Lendu.

Kalau ada yang rasa macam malas je nak baca entry ni, sebab entry ni memang akan panjang ! Hehe. Awak boleh terus klik SINI untuk tahu tentang program ini.  Semoga dapat serba sedikit info tentang program ni.  Sebelum tu nak bagi tahu, FACULTY, PROGRAMME dan COURSE adalah perkara yang berbeza.  Kalau tak tahu, boleh google dan tanya :)

Courses for Diploma in Office Management and Technology (Part 1)
  1. BEL120 -  Consolidating Language Skills 
  2. CTU101 -  Fundamental of Islam 
  3.  HBU111 -  National Kesatria  
  4. IMD101 -  Introduction to Information Skills
  5. MAT112 -  Business Mathematics
  6. OMT100 -  Personality Development
  7. OMT 121 -  Document Processing
  8. OMT 131 -  Office Administration


  • BEL120 course tentang english.  Bila cakap soal english, confirm akan belajar verbs, nouns, dan yang seangkatan dengannya.   
  • CTU101 course tentang agama Islam.  Course ni untuk students yang beragam Islam sahaja, untuk yang non-muslim, mereka akan belajar course lain. 
  • HBU111 ni kokurikulum tau.  Untuk code yang ni,  tiqa ambil Kesatria.  Untuk semester memang wajib ambil badan beruniform.  Tapi ada banyak pilihan selain dari Kesatria, ada JPAM, Bomba, PBSM dan Palapes.  Ada lagi kot yang lain, tapi tiqa tak ingat. Hehe. 
  • IMD101 course tentang pengursan rekod.  Tapi ni baru basic lah, akan belajar cara buat references. 
  • MAT112 mestilah matematik, tapi ni business mathematics.  Ni antara favourite course tiqa waktu part 1. 
  • OMT100 course tentang personaliti.  Belajar pasal makeup, table manners, senang cerita course ni pasal tatahias diri kita bila kerja office.  Best ! 
  • OMT121 course typing.  Yes ! Course yang paling wajib untuk student office adalah typing.  Belajar cara typing yang betul dengan laju, ada waktu yang ditetapkan setiap kali taip.  Alhamdulillah semua student office confirm boleh taip laju-laju. 
  • OMT131 course tentang office admin.  Ada grouping assignment yang kena keluar.  Maksudnya, kena buat appointment dengan mana-mana company untuk di interview.  Students kena interview orang dekat company tu.  Soalan-soalan yang nak tanya dekat company tu semua memang relate dengan apa yang dah belajar dalam course ni.

 Rasanya tu jelah kot nak cerita pasal courses waktu semester 1.  Untuk semester-semester yang berikutnya nanti tiqa update kemudian.  So far rasa ok tak apa yang tiqa cerita? Tak tahulah ada ke tak orang yang membaca blog ni. Haha. Tak apalah, niat nak share so kita share jelah.   Harap bermanfaat !

Nak share gambar-gambar waktu part 1, tapi tak banyak. Huhu.  Ni jelah antara gambar yang tiqa ada dan paling sayang dan paling suka ! Ni waktu dinner kolej and tiqa yang paling hujung kanan.  Hahah.  Yang lain tu ada yang kawan satu kolej, kawan kelas dan kawan kelas merangkap roommate. I miss them a lot ! Ok, that's all for this entry.  Kalau ada nak tanya tiqa, tinggalkan komen kat entry ni.  Thanks for reading.


Kalau nak baca semester yang seterusnya boleh klik link bawah ni

SEMESTER 2  |  SEMESTER 3  |  SEMESTER 4  |  SEMESTER 5

Monday, January 23, 2017

Blogging Semula

Bismillah hirrahman nirrahim...

Assalamualaikum semua. Masha Allah, susahnya nak cakap perasaan ni.  Excited, sedih semua ada! Fuhhh over pula. Hehehe.  Lama sangat-sangat tak tengok blog ni. Last post tahun 2013.  Rasa macam awkwardnya nak menaip, nak blog walking and nak buat something yang relate dengan blog.  Tak rancang pun nak aktif berblogging semula, cuma tiba-tiba hati ni terdetik nak on blog.

Insha Allah, blog ini akan di update dengan pengisian yang bermanfaat.  Umur pun dah meningkat, takkan nak update macam dulu-dulu.  Andai kata pembaca semua ada yang merajinkan diri baca semula entry yang lama-lama, kami minta maaf.  Kita ini hanya manusia biasa, tak lari dari kesilapan.  Entry yang lama-lama tu kami anggap itu semua cerita suka-suka.  Kalau  nak diingatkan semula, kami mula blogging waktu zaman persekolahan.  Jadinya, faham-faham sajelah ceritanya dan ayatnya macam mana. Hehehe.


Insha Allah, kami akan update tentang course yang kami ambil waktu zaman belajar.  Apa yang kami update, mungkin sedikit sebanyak boleh bantu adik-adik yang berminat dengan course tu.  Dan mungkin juga boleh jadi rujukan untuk sesetengah orang.  Nantikan update dari kami ok? :)
Assalamulaikum.