welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Friday, May 31, 2013

Hari Bahagia Kali ke 2

Sekali lagi, kita merancang Allah yang menentukan. Perancangan di saat akhir membuahkan kenangan manis untuk kita bersama. Siapa sangka, dah lama tak bertemu akhirnya kita bertemu jua. Pheuww, ayat konon nak sweet sweet. Sekali sekala mempelajari ayat ayat cinta. ;p

Ini cerita tentang semalam bersamaan 31 Mei 2013.

Bertemu buah hati yang lagi sorang ni. Tempat pilihan, Aeon Bukit Tinggi Klang. Keluar rumah dalam pukul 9 lebih cenggitu. Kita menyokong penggunaan pengangkutan awam, so kita naik bas. Dah sampai sana, macam biasa berdebar-debar nak jumpa buah hati.

" Weh, nak tunggu kat mana " - Buah hati
" Kitorang tunggu kau kat tempat main-main tu " - Kembar

Jalan punya jalan, jumpa tengah jalan. Tak sampai pun kat tempat yang nak di tunggu tu. Ya ya ya, berpeluk cium kat situ jugak. Ahh, peduli orang nak tengok, nak kata apa. HAHA. Yang penting dapat jumpa dan melepaskan rindu masing-masing. :p 

Ini kira hari bahagia yang kedua, Hari Bahagia Pertama dah lepas. :D

Kitorang jalan-jalan dan banyak borak cerita itu ini je. Tak tengok movie pun sebab malas nak beratur panjang beli tiket. HOHO. ;p 




Tadaaaaa ! Memperkenalkan, Aienal Najwa. Yang kiri kanan dia tu si kembar yakni pemilik blog ini. :D Lagi sorang mata kena kerat sebelah. HAHA.

Ada rupa gwiyomi tak ? 

Acah-acah model

Fatehah | Aienal Najwa | Atiqah


Jumpa dia ni kalau tak gelak memang tak sah. Oh haaa, terima kasih sebab hantar kitorang balik rumah. Sorry about the unexpected incident. Rasa bersalah. :( Anyway, thanks a lot sayang.

Si Kembar

Nak menyelit jugak gambar kitorang berdua. HEHE. Mana satu kakak, mana satu adik ? Sayangku, cuba teka sayang ~ Haa, apa yang berbeza dengan kitorang ? Dapat beza tak ? Ahh tak ada kerja nak soal jawab ye dakk. HAHA.

Semoga kita jumpa lagi. Terima kasih. Friends till jannah. Insya Allah

No comments:

Post a Comment

terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)