welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Monday, April 8, 2013

Kosongkan minda

Fuh kanan, fuh kiri. Lama betul tak update blog. Alhamdulillah, exam semua dah selesai. Lega sikit otak ni nak memikir. Eh eh eh, tapi tak lega sangat lah sebab risau fikir result pulak kan. Insya Allah everythings gonna be fine. Kita dah berusaha ! :)

Move on bebeh. *Eh tetiba* Sekarang tengah cuti sem. Sepanjang cuti sem ni, banyak topup tidur je rasanya. Ermmm, tapi tak jugak lah. Baca novel yang menimbun kat rumah ni pun ye. HEHE. Dapat baucer buku ada beli novel. Ayat menimbun tu tipu je. Sila percaya. Dan benda wajib bila kat rumah, online puas-puas. :D


Home sweet home.

Cuti sem ni nak tengok rumah puas-puas. Nak duduk dalam rumah puas-puas. *Melampau* HAHA. Itulah rumah kitorang, comel je kan. Tinggal berempat je dalam rumah ni. Abang dan kakak-kakak dah kahwin, duduk rumah lain. HEHE. Si kembar dengan mak abah je yang tinggal. Betapa indahnya permandangan ~ Sejuk mata memandang rumah dipenuhi kehijauan. ;D


Memandangkan nak kosongkan minda, kita hang out sama-sama. Setelah sekian lama si kembar tak hang out bersama, maka muncul lah muka kebahagiaan di situ. Lama jugak kitorang tak berjumpa. HUHU. Rindu weh rindu.

Tapi sekejap je kita dapat spend time together. Si Fatehah cuma cuti seminggu je sebab beliau perlu pulang ke kampusnya untuk meneruskan pengajian beliau dengan short sem. Maka, pulanglah dia ke Terengganu. Hmm, kesepian si Atiqah. *Macam nak kena hempuk buat ayat macam ni* :p


 


 Atiqah | Fatehah

Si kembar terpisah lagi. Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaa. Semoga kita berjumpa lagi. Insya Allah. :)


 

No comments:

Post a Comment

terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)