welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Friday, April 20, 2012

Nostalgia Batu Seremban

Hey bloggers and readers. HEHE. Hari ni kitorang nak cerita pasal batu seremban. Pernah dengar tak ? Ada juga yang panggil batu seremban ni selambut. Ada sesiapa yang tak tahu apa itu batu seremban ? Sila search di Google. HAHA. Batu seremban ni sejenis permainan pada zaman dahulu kala. Cewahh.. Zaman dahulu kala hokayy !! HAHA. Kiranya batu seremban ni permainan tradisional la.

Dah lama tak main batu seremban. Kali terakhir main masa sekolah rendah. Itu pun tak ingat masa darjah berapa. Uwaa... rindunya nak main batu seremban. Zaman sekolah rendah dulu, selalu lawan main batu seremban dengan kawan-kawan. Terutamanya bila dah nak dekat akhir tahun. Masa tu semua dah habis exam, bawa permainan pergi sekolah. HAHA. Mulalah duduk berkumpul main batu seremban. Main ramai-ramai memang best. Siapa yang selalu menang, jadi champion la kiranya. HAHA. Alamak weyh... rindu pulak kenangan tu semua. Entah dia orang ingat lagi ke tidak. HEHE.

Google je ;)

Itu lah salah satu bentuk batu seremban. Ada macam-macam bentuk. Tapi mak kata, zaman dolu dolu guna batu yang original atau biji getah. HAHA. Best gila ! Siapa yang baling tinggi, kena la bangun, silap-silap jatuh atas kepala. KAHKAHKAH. ;p Tak boleh lupa bila baling, tapi jatuh nunn jauh di mana-mana entah. ;D

Agaknya budak-budak sekarang tahu ke tak apa benda batu seremban. Yelah, zaman semakin canggih dengan teknologi kan.. Sentuh je iPad tu, dah ada macam-macam game. Budak-budak sekarang kenal angry bird je. HUHU. ;)

Tapi ni lah permainan kesukaan kitorang zaman kanak-kanak dulu. Cewaaah. ;p Suruh mak jahit sarung batu seremban, guna kain perca yang comey-comey. HAHA. Kadang-kadang tu berlawan-lawan dengan kawan, siapa punya batu seremban paling gemuk. :D

Ohhh... rindu.... rindu serindu rindunya.... :)



No comments:

Post a Comment

terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)