welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Sunday, March 4, 2012

Si Kembar buat kek. Biar betul ??

Selama ni tengok orang buat kek kat tv tu macam syok je. " ok, puan-puan. mula-mula kita masukkan tepung. lepas tu, masukkan telur sebiji". Haaaa.. Lebih kurang macam tu la chef kat tv tu cakap. Lepas tu, tengok ada kawan pandai buat kek pula. Lagilah perasaan ingin mencuba semakin membara. Cewahhh :p

Jadi, dengan senang hatinya, kitorang buat kek minggu lepas. Haaa.. Si kembar ni nak buat kek. Biar betul ?? HAHA. Percayalah.... ( lagu Datuk Siti Nurhaliza ) :D Segala bahan-bahan telah dibeli, kitorang tunggu masa yang sesuai untuk memulakan operasi tersebut. Al maklumlah, si kembar ni busy... KAHKAHKAH. Busy la sangat. -.-

Maka, tibalah hari yang sesuai. Segala peralatan / perkakas membuat kuih dikeluarkan. Oven yang dah berzaman tak diguna, akhirnya hangat kembali. Ececehhh.. Ayat nak power gituhh. Kali terakhir guna oven tu, buat kuih raya masa tahun berapa entah. Kuih apa pun, kitorang tak ingat. ;p

Tangan ni memang tak pernah langsung buat kerja-kerja macam ni. Memang risau la takut terjadi sesuatu yang tak diingini. HAHA. Mak pernah pesan, setiap kali nak masak, kita kena baca bismillah pastu selawat. Insya'Allah makanan tu menjadi dan sedap... :) Kitorang buat operasi ni berdua je tanpa bantuan daripada sesiapa. hmmmm... hentam sajalah. ;D

tadaaaaa.. inilah kek yang kitorang buat tu.


ingat nak ambil gambar masa tengah buat kek tu. tapi bila fikir-fikir balik, tak pela. karang tengah dok kacau-kacau tepung, tiba-tiba camera terjatuh dalam tu. haaa.. mampuih kami. HEHE.


yang hitam-hitam tu, coklat chip. amacam ?? ok tak rupa kek tu ? mak dan abah kata rasa nya ok lahhh. ;D sepatutnya kek ni warna coklat. tapi kitorang letak sikit je serbuk koko. itu yang warnanya tak berapa nak coklat. kiranya ada silap sikit la kat kek ni. HAHA. tapi untuk budak yang baru lagi macam kitorang ni, kira ok la kot ? yelaaa.. ada juga rupa macam kek. HEHE. dan yang paling penting, boleh dimakan. ;p

hmmmm.. tak tau la nak bagi nama apa kat kek ni. kalau bagi nama 4C ok tak ? Cute Chocolate Chip Cake. errrr... cute ke ??? HAHA. lepas ni kitorang nak cuba buat kek lain pula. ececehhh... macam dah seronok pula main tepung. sebenarnya, ada peristiwa di sebalik tabir pembikinan kek ni. memang lawak sesangat. HAHA. tapi karang ada orang merajuk pula bila sebut hal tu kat sini. ;p


Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kami budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan


sempat lagi nak berpantun. HAHA. pantun budak-budak kecik je pun. -.- tapi masih ingat lagi pantun tu walaupun dah lepas sekolah. ;) bila fikir-fikir balik, rasa macam seronok pula buat kek ni. HEHE.

1 comment:

  1. wahh, dah lama jugak tak rasa kek coklat... buat saya lapar je skrg nie ><
    so dlm gambar tu ade 1/4 cake dah kene curik, lagi 3/4 tu masih ade ke? :D

    ReplyDelete

terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)