welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Saturday, January 28, 2012

it's too late !!

cuti sempena Raya Cina dah lama tutup tirai. cuti sekolah pun dah hampir ke garisan penamat. kalau budak yang dah tak sekolah macam kitorang ni ? ada cuti tak ? HEHE. orang lain semua dah sibuk bekerja, budak sekolah sibuk nak siapkan homework. tapi kitorang sibuk nak update blog. HAHA. :p

cakap pasal holiday, kitorang pun kena la tempias sikit. al maklumla kan, budak habis spm pun tengah holiday jugak. HAHA. menikmati zaman habis persekolahan. :p kitorang tak ada plan pun nak pergi mana-mana. duduk rumah je pun okay jugak sebab dapat tambah berat badan ni. uhuk uhuk. :D

straight to the point, kitorang sekeluarga pergi Port Dickson je. itu pun ' last minute plan '. HAHA. memang ramai sangat manusia yang beriadah kat situ. HEHE. meluangkan masa bersama orang tersayang la kan.

 ombak rindu Atiqah. ;D


posing ayu Fatehah. :p





rumpai laut. :)


L I F E 

muka penat la weyh -.-

orang lain dah cerita pasal holiday, kitorang baru letak post tittle. HAHA. tak kira la cepat atau lambat, kitorang tetap nak update. HUHU. ;p akhir kata dari si kembar, kitorang enjoy gila dengan family. kitorang tahu, holiday kitorang tak se-awsome holiday korang. HEHE. tapi apa-apa pun, holiday tetap holiday ! :)

last but not least,

peace ! *pakai tudung bawal je. simple and cute. ;p

Wednesday, January 25, 2012

#10 Wordless Wednesday - Yummy !!





Friday, January 20, 2012

berangan nak jadi DIVA.

Hai you olsss ! *suara sengau ala-ala gedik gituh haaa.. korang imagine la macam-macam mana pun suara sedemikian. HAHA. ehhh.. tetiba nak menggedik. bukan apa sebenarnya, ada orang kata semua gegurl memang gedik. Uhuk uhuk. :D sorry dear, kitorang tak berapa setuju dengan statement you tu. mungkin gegurl yang you cakap tu memang gedik, tapi GIRL mungkin kurang gedik ataupun tak gedik langsung. HAHAHA. lari dari topik daaaaaa. -.-


haaaa... tiba-tiba hari ni mood nak jadi DIVA pulak. dah buang tebiat agaknya si kembar ni. HEHE. saja je nak berangan jadi diva kejap. haaaa... kejap je, tak lama pun. kitorang selalu panggil gelaran DIVA kat sorang kawan ni nama dia Tasneem Harith. HAHA. nak tengok tak macam mana kitorang jadi diva ??? 
Let's check it out !! :D


haaa. comel tak diva ni. korang mesti ingat siapa la budak kecik dua orang ni. HAHA. ni kitorang laaa.. si kembar, empunya blog ni haaa.... amacam ? bergaya tak ? dulu-dulu camera guna filem kan, tu yang gambar macam klasik sikit tuuuu. HAHA. kitorang ingat nak compare dengan gambar masa kecik-kecik dengan sekarang, tapi kitorang tak ada gambar pakai sun glasses. bukan main lagi dulu sibuk nak bergambar ala-ala diva, sekarang haaaa amekkaw memang terpaksa pakai cermin mata sebab rabun. HUAHUAHUA. ;p

sekarang ni suka bebenor buat entry panjang lebar. padahal tak ada siapa pun nak baca. HAHA. syok sendiri je yokk ! jangan lupa nantikan dan tunggu entry kami yang lagi panjang ye. padahal tak ada panjang mana pun. -.- nanti kitorang nak letak gambar time kecik-kecik lagi. lagi comel dari gambar kat atas ni, silap-silap ada yang jatuh hati pulakkk. HAHA.

p/s : kitorang ingat nak tukar lagu kat blog ni. tapi tak tahu nak pilih lagu apa. bagi cadangan boleh ? :)


Monday, January 16, 2012

Cheritera Hati First Giveaway

Hari ni tiba-tiba rasa nak join satu giveaway. kitorang tahu pasal giveaway ni pun dari blog orang lain. maklumlah, kitorang kan rajin blog walking. cewahhhhh :p HAHA.



klik banner untuk join :)

hadiah giveaway ni menarik juga tau. tak rugi pun kalau korang join. kalau ada nasib, menang la. so, jom ramai-ramai join giveaway ni sebelum terlambat.

harap-harap penyertaan kitorang ni diterima and ada rezeki menang. Aminnn :)





Sunday, January 15, 2012

sweethearts :)

mulakan hari anda dengan senyuman. opss ! silap. mulakan hari anda dengan lafaz Alhamdulillah kerana masih dapat melihat dan bernafas di dunia yang sementara ini.

 kitorang sedih sikit. sepatutnya ada date dengan orang tersayang. tapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang boleh diterima pakai. ahaksss ! tak jadi date pun mesti ada sebab yang munasabah. HAHA.
jangan salah faham. kitorang cuma date dengan girlfriends. ermmmm.. boyfriend belum sampai masanya lagi. HAHA.

kitorang dah plan baik punya nak dating dengan dua orang budak comey tu. alololo.. comey nya ! HEHE. hati dah berbunga-bunga sebab nak dating. of course la happy kan sebab dapat dating. HAHA. kitorang nak confirm kan balik, sama ada jadi ke tak nak pergi dating. tapi, hati kitorang bagai dipanah petir. banggg !! haaa.. nampak bebenor tipunya. date terpaksa dibatalkan. sedih gila bagai nak meroyan dah. HAHA.


sekotak tisu habis digunakan nak mengesat air mawar. ehhh.. silap, air mata. HEHE. memang la sedih, sebab kitorang dah lama sangat tak jumpa aweks tu. ;p ayat tetiba nak gedik-gedik ni pehal ?! erghh ! menyampahnya ! hmmmm. lantok lah eden nak merapu sekali-sekala jo. ;D

tak apa lah, nak buat macam mana. mungkin belum ada jodoh nak jumpa. lain hari kita boleh jumpa lagi kan. sentiasa ingat ayat ni Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. :)

insya' Allah kalau panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik, suatu hari nanti kita mesti jumpa :D


Monday, January 9, 2012

suatu hari...

ingatkan dah lepas spm ni, boleh la update blog hari-hari. dulu time tengah sekolah, sibuk menggedik nak update blog walaupun curi-curi masa. hmmmm... kesian masa tu kan ? kena curi. HEHE. bila dah lepas spm ni kan, jari-jemari ni tak tau nak taip apa. seriously, we have no ideas to update our blog. haa ! amekkaw, speaking london gituhh. HAHA. :D

okay, hilangkan segala kesedihan ni kejap. HEHE. tak tau nak update apa sebenarnya. lepas dah habis spm, ramai kawan yang sibuk cari kerja dan ambil lesen kereta. dekat facebook, ada yang mengeluh sebab penat bekerja. tapi ada juga yang happy sebab dapat lesen P. HAHA. hamboiihh.. bukan main berlagak lagi bila dah dapat lesen P. especially budak lelaki la, dia orang macam ter-berlagak lebih. HAHA. kadang-kadang tu menyampah juga la. :p

setelah hampir lima tahun tak jumpa kawan-kawan sekolah rendah dulu, akhirnya jumpa juga. memang happy banget dehh. HAHA. sebenarnya bukannya jumpa, tapi terjumpa. :p terjumpa pun sebab dia orang kerja. kitorang jumpa kat tempat-tempat shopping. memang tak sangka dapat jumpa kawan-kawan sekolah rendah dulu. HEHE. memang excited lebih bila terjumpa dia orang. tapi yang sedihnya, tak dapat borak lama dengan dia orang. tak apalah, lagipun dia orang tengah bekerja kan, tak boleh nak borak sangat. kitorang ni kawan yang memahami. cehhhh. ;p

setakat ni, kitorang terjumpa kawan-kawan perempuan je. yang lelaki, belum pernah terjumpa lagi. HAHA. maybe kalau terjumpa pun, dia orang dah tak kenal kitorang ni. imej kitorang pun dah berubah. ;D dah tak comel macam zaman sekolah rendah dulu. sekarang ni cantik sikit la. HAHA. tipu bebenor.. kitorang dah pakai speck, nak cantik apanya kan. HUHU. kalau yang kenal pun, mesti segan-segan nak tegur. ;p


cuma ada dua orang kawan yang kitorang nak sangat jumpa dengan dia orang ni. seriously, rindu banget dengan budak berdua tu. kalau jumpa, mesti nak peluk dia orang. HAHA. of course la budak perempuan hokayyyy ! :D

agak-agak kita dapat jumpa ke tak ye ? hmmm. sedihnya. :(


p/s : sekarang ni fasa ke-2 permohonan upu dah dibuka. errrr... takutnya nak isi. ;p

Wednesday, January 4, 2012

#9 Wordless Wednesday - Peace !!


selamat kembali ke sekolah ye adik-adik ! 
belajar rajin-rajin.
:) 
 

Tuesday, January 3, 2012

Contest Blog Paling Comel

klik banner atas ni kalau nak join. :)

kitorang join contest lagi. HIHI. walaupun blog kitorang ni tak berapa nak comel sangat, tapi kitorang join je. tak salah kan kalau kita nak mencuba ? semoga ada rezeki untuk menang contest ni. hadiah untuk pemenang semuanya best. kalau dapat salah satu pun jadilahhh. HAHA. :D


semoga penyertaan kitorang diterima. Aminnn. :)

terlambat sudah... :p

pejam celik, pejam celik tahun dah berganti dari 2011 ke 2012. rasa macam tak sedar dah masuk tahun 2012. kitorang tahu, kitorang ni lambat update. HEHE. semua blogger dah update awal-awal lagi kan ? tapi kitorang baru nak update pasal 2012. HAHA. ada yang dah siap buat list azam tahun baru lagi kan ? bagus la ada azam baru. harap-harap dapat lah capai azam tu nanti ye. :)

tak ada apa yang special pun sempena 2012. biasa-biasa je... kitorang merengek-rengek, meronta-ronta ajak mak dengan abah pergi tengok bunga api. HAHA. nampak bebenor tipunya. tak kuasa nak merengek, meronta semuaa.. :D tengok bunga api dari rumah pun boleh tau. tapi tengok live kat tv jela yeee ! MUAHAHA. malas nak keluar malam-malam. :p


tiba-tiba teringat pula filem 2012 dan iklan syampoo clear. HAHA. ada kaitan dengan 2012 kan ? memang merepek betul la Si Kembar. dah merapu sampai teringat-ingat iklan kat tv. :D tak ada kena mengena langsung dengan entry ni. HAHA. tapi itu menunjukkan yang kitorang ni memang prihatin terhadap iklan-iklan di tv. tettttttttttttttt... merepek lagi. HEHE. okayyy dah cukup ! ;p

perkara yang paling best dalam 2012 ni mestilah pasal umur. haaaa ? kenapa dengan umur ? HAHA. cuba jawab soalan matematik ni jap : 17 + 1 = ?  berapa ye adik-adik ? cepat jawab. nanti akak bagi gula-gula. HAHA. :D jawapannya 18 laa.... that's mean yang kitorang ni dah 18 tahun !! :) kenapa happy dengan umur 18 tahun ? sebab dapat tengok wayang sesuka hati. MUAHAHA. tak ada maknanya weyhh. sebenarnya saje nak rasa happy sebab tengok kat facebook, kawan-kawan semua happy dengan 18 tahun. HAHA. ;p

kita tak tahu apa yang akan berlaku pada tahun 2012 ni. kitorang cuma berharap yang terbaik dalam segala urusan sepanjang tahun 2012. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Insya'Allah.. kita hanya merancang, Allah yang menentukan. banyak suka duka yang kitorang lalui sepanjang tahun 2011. bersyukur sangat-sangat masih diberikan nyawa dan nafas sehingga ke hari ini dan saat ini.

kitorang ingat nak kongsikan suka dan duka kitorang sepanjang tahun 2011. tapi memandangkan kitorang pun tak berapa nak ingat sangat, tak payah la kan... lagi pun update panjang-panjang nanti tak ada pun yang nak baca. HAHA. terpaksa pula korang melayan Si Kembar yang banyak merepek ni. :D

 :)