welcome and thanks for visit our blog kisahsukadukakami.blogspot.com

Tuesday, December 6, 2011

5 disember 2011 MERDEKA !

yeay !!!dah habis SPM. alhamdulillah, kitorang diberi kesihatan yang baik untuk jawab spm. 5 disember 2011. keluar je dari bilik exam, terus menjerit. HAHA. okay, itu semua tipu. kitorang masih dapat kawal kegembiraan tu. nak jerit, tapi rasa segan pula. senyum lebar menandakan kitorang happy. :D

untuk calon-calon SPM yang belum habis exam, sabar ye. nanti korang akan rasa apa yang kitorang rasa ni.
time tu korang nak melompat, menjerit, menangis, dipersilakan. opssss !! melebih-lebih pula. HAHA.

khas untuk awak wahai SPM :)

Awak....
Saya minta maaf.
Kita terpaksa berpisah.
9 kali kita dating.
Saya happy dengan awak.
Saya sayang awak sangat-sangat.
Berat hati saya nak tinggalkan awak.
Saya akan rindukan awak.
Tapi saya tak nak jumpa awak lagi.
Saya minta maaf.
Selamat tinggal SPM.
:')


9 kali kita dating tu, maknanya kitorang ambil 9 subjek. HEHE. gambar tu, lepas kitorang balik dari sekolah.
muka macam apa je kan ? tapi itulah muka orang dah habis SPM. abaikan background yang tak berapa nak cantik tu. HAHA. ada sebarang komen tentang gambar tu ?  :D




tengok dua-dua gambar kat atas tu. last update bulan oktober. bulan november punya tak ada langsung. rasa macam pelik je. HAHA. tapi lepas ni, nak update hari-hari pun boleh. memang banyak merepek jela dalam blog ni. orang yang nak baca pun tak ada selera. bila baca entry yang lama-lama macam tak matang je. ohh ! please jangan gelakkan okay ? HEHE. biasa la kan, kitorang masih baru dalam dunia blog ni. ececehh. kepada blogger yang veteran tu, sila la tunjuk ajar kat kitorang ni ye. cehhh ! tak tau malu nak minta-minta pula. HAHA. apa salahnya kalau ada yang sudi ................ ;)

kitorang rasa setakat ni je la dulu entry kali ni. rindu sangat-sangat dengan blog ni.
tak sabar nak blog walking, join contest and giveaway.
kalau ada blogger yang buat giveaway tu, cepat-cepat bagi tahu kitorang okay ?
HEHE.

No comments:

Post a Comment

terima kasih pembaca yang komen entry ini. :)